Satu Sentuhan, Satu Harapan.

Santuni Asnaf dengan Kasih Sayang, Membawa Cahaya kepada Yang Memerlukan.

Dalam Rezeki Kita Terselit Hak Mereka

"Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian." 

  – Surah Adz-Dzariyat (51:19)

Hulur di Dunia, Bercahaya di Syurga

Dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

"Orang yang memberi sedekah dalam keadaan tersembunyi, tangan kanannya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kirinya, sungguh, Allah akan memberinya cahaya pada hari kiamat."

  – HR. al-Bukhari dan Muslim

Salurkan Sumbangan Anda Sekarang

Santuni Asnaf Bersama Yayasan Mihrab

Di tengah malam yang kelam, ada jiwa yang merintih dalam kesepian. Di saat kehidupan terasa menghimpit, ada tangan yang merindukan huluran kasih.

Di Yayasan Mihrab, kami percaya bahwa setiap manusia berhak atas kasih sayang dan perhatian.

Dengan setiap keikhlasan sedekah yang tuan puan berikan, tidak hanya meringankan beban mereka, tetapi juga menyinari hidup mereka dengan cahaya keikhlasan dan kasih sayang.

Bayangkan seorang ibu yang terpaksa menahan lapar demi anak-anaknya, seorang bapa yang berjuang melawan penyakit tanpa ada yang peduli, atau seorang anak yatim yang tidur di kaki lima tanpa selimut yang menghangatkan.

Mereka semua menanti sentuhan kasih dari kita, menanti huluran tangan yang mampu mengubah hidup mereka.

Di luar sana, terdapat ramai golongan asnaf yang hidup dalam kesusahan. Mereka kekurangan makanan, tempat tinggal, pendidikan, dan rawatan perubatan.

Golongan ini termasuk fakir miskin, orang kurang upaya (OKU), warga emas, anak yatim, gelandangan, dan wanita yang memerlukan perlindungan. Tanpa bantuan, hidup mereka terus dirundung penderitaan dan kesengsaraan.

Kempen Santuni Asnaf oleh Yayasan Mihrab berkomitmen untuk membawa perubahan. Kami menyediakan bantuan kewangan, makanan, perubatan, dan pendidikan kepada mereka yang memerlukan.

Setiap Sumbangan Yang Anda Berikan Memberikan Mereka Harapan Baru Dan Masa Depan Yang Lebih Cerah.

Golongan yang Kami Bantu :

Asnaf Fakir Miskin & B40:
Mereka yang berjuang untuk memenuhi keperluan asas sehari-hari.
Orang Kurang Upaya (OKU):
Mereka yang memerlukan sokongan khas untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
Warga Emas:
Golongan tua yang memerlukan perhatian dan penjagaan.
Anak Yatim:
Kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa dan memerlukan bimbingan dan kasih sayang.
Gelandangan:
Individu yang tiada tempat tinggal dan memerlukan perlindungan.
Pusat Perlindungan Wanita:
Wanita yang memerlukan tempat selamat dari situasi keganasan atau kesusahan.

Salurkan Sumbangan Anda Sekarang

Bantuan yang Kami Berikan :

Bantuan Perubatan

Memberikan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan rawatan perubatan yang diperlukan oleh golongan asnaf. Ini termasuk peralatan perubatan, ubat-ubatan, dan perkhidmatan perubatan. 

Bantuan Baikpulih Fasiliti

Memperbaiki, memulihkan, atau meningkatkan keadaan fizikal bangunan dan infrastruktur. Memastikan fasiliti yang diduduki keluarga asnaf berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

Bantuan Kewangan

Memberikan sokongan dalam bentuk wang tunai atau baucar untuk membantu individu atau keluarga asnaf memenuhi keperluan asas, menyelesaikan masalah kewangan, atau mencapai tujuan tertentu seperti pendidikan, perniagaan, atau pemulihan dari bencana.

Bantuan Motivasi

Memberikan sokongan untuk membantu golongan asnaf meningkatkan semangat, keyakinan, dan keazaman mereka dalam mengatasi cabaran dan mencapai matlamat hidup.

Salurkan Sumbangan Anda Sekarang

Apa Kata Penerima Bantuan :

terima kasih banyak kepada semua yang membantu saya dan saya mendoakan agar dimurahkan rezeki dan kesihatan yang sempurna

 Norzelawati

terima kasih banyak kepada yayasan mihrab atas bantuan yang diberikan. Saya doakan agar dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki serta kesihatan yang baik.

Ahmad Nuraddin

Jadilah Cahaya dalam Kegelapan Mereka.

Setiap sumbangan tuan puan adalah sinar harapan bagi mereka yang memerlukan.

Tuan puan peneraju bagi perbezaan besar dalam hidup seseorang dengan Setiap Sumbangan yang disalurkan :

Hanya 3 Langkah Mudah Untuk Membuat Sumbangan

Langkah 1
Pilih Jumlah Di Bahagian "Infaq Bantuan Asnaf" Atau Letak Nilai Di Bahagian "Sumbangan Seikhlas Hati"
Langkah 2
Tekan Butang Buat Sumbangan
Selesai
Isi Maklumat & Buat Pembayaran Sumbangan

Infaq Bantuan Asnaf

RM30.00RM30,000.00

Sumbangan Seikhlas Hati

Suggested Price: RM10.00

Atau Buat Sumbangan Ke Akaun Bank Berikut :

MAYBANK

5505 1407 0061

Yayasan Mihrab

Reference: Santuni Asnaf

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi nombor WhatsApp Berikut :

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan...”

  – Surah Al-Baqarah (2:195)

Info :

Copyright © 2024 YAYASAN MIHRAB | POWERED BY KNKV GROUP